BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama

: Abdul Razak Bin Hamzah

Umur

: 61 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

En. Razak adalah seorang pesara kerajaan di Taiping, sepanjang bekerja beliau sangat jarang menggunakan komputer dalam tugasan beliau.

Beliau tiada pengetahuan asas di dalam bidang ICT dan beliau amat berminat untuk mempelajari ICT di PI1M Muzium Telegraf.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai internet dan hanya mengetahui asas penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Muzium Telegraf, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan internet. Walaupun beliau sudah berumur tetapi beliau amat tekun dan sabar ketika belajar menggunakan komputer.

Apa yang dipelajari melalui PI1M

Mempelajari cara menggunakan mouse dengan betul.

Mempelajari cara menaip.

Mempelajari cara untuk melayari internet.

Mempelajari cara menghasilkan alamat Email.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PI1M mengadakan kelas latihan bagi pengukuhan dan pemantapan ilmu ICT.

-       PI1M mengajar cara untuk menggunakan Email.

-       PI1M mengajar cara untuk menggunakan Whatsapp.

-       Dengan menjadikan Pusat Internet 1Malaysia Muzium Telegraf sebagi pusat pendidikan pembelajaran berterusan sepanjang hayat.

-       Memanfaatkan penggunaan kelengkapan Ict yang sedia ada.