Nama

: Khairul Amar Bin Anuar

Umur

: 27 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

En. Khairul Amar merupakan seorang penjual tshirt dan pereka grafik persendirian di Taiping dan ingin mengembangkan perniagaan beliau ke peringkat yang lebih tinggi.

Menyedari kepentingan media baru seperti Facebook, Instragram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibtan Pi1M

Pendapatan bulanan beliau sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pi1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Muzium Telegraf Taiping, beliau kini telah mempromosikan produk beliau menggunakan aplikasi Whatsapp, Instagram dan Facebook.

Hasil Pengiklanan melalui akaun Facebook dan Instagram, perniagaan beliau kini semakin meluas dan dikenali oleh masyarakat luar di mana mereka mengetahui produk jualan melalui aplikasi tersebut.

Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM400 – RM500.

Apa yang dipelajari melalui PI1M

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook, Instagram & Whatsapp.

-       Mempelajari Ms. Office & Ms Excell bagi memudahkan pengiraan keuntungan dan analisis prospek.

-       Mempelajari teknik promosi melalui Facebook & Instagram.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PI1M membantu mempromosikan produk.

-       Memberi kelas tambahan media baru.

-       Perkhidmatan rekaan grafik beliau lebih dikenali selepas mempelajari teknik promosi secara online.