BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama

: Abdul Razak Bin Hamzah

Umur

: 61 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

En. Razak adalah seorang pesara kerajaan di Taiping, sepanjang bekerja beliau sangat jarang menggunakan komputer dalam tugasan beliau.

Beliau tiada pengetahuan asas di dalam bidang ICT dan beliau amat berminat untuk mempelajari ICT di PI Muzium Telegraf.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai internet dan hanya mengetahui asas penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Muzium Telegraf, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan internet. Walaupun beliau sudah berumur tetapi beliau amat tekun dan sabar ketika belajar menggunakan komputer.

Apa yang dipelajari melalui PI

Mempelajari cara menggunakan mouse dengan betul.

Mempelajari cara menaip.

Mempelajari cara untuk melayari internet.

Mempelajari cara menghasilkan alamat Email.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PI mengadakan kelas latihan bagi pengukuhan dan pemantapan ilmu ICT.

-       PI mengajar cara untuk menggunakan Email.

-       PI mengajar cara untuk menggunakan Whatsapp.

-       Dengan menjadikan Pusat Internet Muzium Telegraf sebagi pusat pendidikan pembelajaran berterusan sepanjang hayat.

-       Memanfaatkan penggunaan kelengkapan Ict yang sedia ada.

Nama

: Khairul Amar Bin Anuar

Umur

: 27 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

En. Khairul Amar merupakan seorang penjual tshirt dan pereka grafik persendirian di Taiping dan ingin mengembangkan perniagaan beliau ke peringkat yang lebih tinggi.

Menyedari kepentingan media baru seperti Facebook, Instragram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibtan PI

Pendapatan bulanan beliau sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Muzium Telegraf Taiping, beliau kini telah mempromosikan produk beliau menggunakan aplikasi Whatsapp, Instagram dan Facebook.

Hasil Pengiklanan melalui akaun Facebook dan Instagram, perniagaan beliau kini semakin meluas dan dikenali oleh masyarakat luar di mana mereka mengetahui produk jualan melalui aplikasi tersebut.

Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM400 – RM500.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook, Instagram & Whatsapp.

-       Mempelajari Ms. Office & Ms Excell bagi memudahkan pengiraan keuntungan dan analisis prospek.

-       Mempelajari teknik promosi melalui Facebook & Instagram.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PI membantu mempromosikan produk.

-       Memberi kelas tambahan media baru.

-       Perkhidmatan rekaan grafik beliau lebih dikenali selepas mempelajari teknik promosi secara online.