SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERNET Muzium Telegraf Taiping

edit

Pusat Internet merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

 

  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 
 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
Pusat Internet Muzium Telegraf Taiping menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 
 
 KENALI PETUGAS PUSAT INTERNET :

 

Untuk menjadi petugas, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas Pusat Internet bagi menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami 

 
PENYELIA
 
Nama : NUR'AMIRA BINTI KASIM
Mula berkhidmat : 9 Ogos 2017
 
 
PENYELIA
 
 
Nama : NUR SYAZWANI BINTI ABDUL RAZAK
Mula berkhidmat : 4 Disember 2017