Tarikh : 2 Mac 2019
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 
Kelas belajar english "Learning English With Colours" diajalankan bagi menarik minat pelajar sekolah rendah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran mereka.
   
Aktiviti 
  1. "Learning English With Colours" ini dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah dan seorang pelajar pra-sekolah. Pelajar mengenal huruf dan ayat dengan mewarnakan objek yang dinyatakan dalam soalan dan arahan petugas. Melalui teknik ini pelajar lebih tertarik untuk fokus kepada pembelajaran dan arahan yang diberikan. Dalam masa yang sama mereka menunjukkan minat untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan cemerlang. 

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 1 Mac 2019
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 20 orang

 

Tujuan 
Bengkel myPortfolio diadakan bagi memberi garis panduan cara penyediaan MyPortfolio bagi pekerja Kerajaan (Pejabat Daerah). 
   
Aktiviti 
  1. Bengkel ini di sediakan untuk pekerja Pejabat Daerah Taiping, mereka diberi taklimat dan garis panduan bagi menyediakan myPortfolio untuk bahagian masing-masing. Dalam masa yang sama, petugas pusat internet memberi tunjuk ajar tentang cara penggunaan Microsoft Word yang betul bagi menghasilkan carta organisasi, jadual, rajah, dan lain-lain. 

P 20190301 104333

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 22 Februari 2019
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Memperkenalkan ahli dengan aplikasi elektronik kerajaan.
   
Aktiviti 
  1. Kelas ini berlansung pada 22 Februari pada jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Dihadiri oleh 2 orang ahli dari golongan dewasa. Kelas ini memberi pendedahan kepada ahli tentang laman sesawang Kerajaan, mereka diajar cara untuk mengisi borang seperti Bantuan Sara Hidup, Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan sedikit pendedahan tentang transaksi bank atas talian. Selain itu mereka juga di beri penerangan tentang penggunaan internet secara berhemah (Klik Dengan Bijak), dan aplikasi Dashboard komuniti, my shop.

photo6310052637617268819

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 28 Februari 2019
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 20 orang

 

Tujuan 
Memberi kursus dan penerangan tentang cara untuk membuat MyPortfolio untuk penggunaan pejabat mengikut bahagian masing-masing.
   
Aktiviti 
  1. Kursus ini disertai oleh staf daripada Pejabat Daerah Taiping. Semua staf yang terlibat merupakan ahli pusat internet. Mereka diajar cara untuk membuat MyPortfolio bagi penggunaan pejabat. Selain itu petugas pusat internet memberi tunjuk ajar tentang cara penggunaan komputer yang betul dan penggunaan aplikasi Microsoft Office kepada peserta kursus. Disamping itu, petugas pusat internet juga memberi pendedahan kepada peserta tentang Cyber Grooming ( Klik Dengan Bijak). 

photo6321255492873201707

Gambar Selanjutnya Disini


Memberi kursus dan penerangan tentang cara untuk membuat MyPortfolio untuk penggunaan pejabat mengikut bahagian masing-masing.
Tarikh : 16 Februari 2019
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 
Memperkenalkan ahli baru dengan asas penggunan komputer dan mencari maklumat atas talian. 
   
Aktiviti 
  1. Kelas ini berlansung pada 16 Februari pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Kelas ini dihadiri oleh  3 orang ahli baru Pusat Internet Muzium Telegraf, mereka diajar cara asas penggunaan komputer dan cara untuk mencari maklumat diatas talian antaranya, cara penggunaan tetikus dan papan kekunci dengan betul, "internet browser" dan aplikasi youtube. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan tentang keselamatan internet, penyebaran maklumat palsu dan aplikasi Dashboard.

P 20190209 154519

Gambar Selanjutnya Disini